|
Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.
Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi,Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.
Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.
|
|
|
|
Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).
Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikandicspousprin tersebut, Mereka menasihati saya supaya mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.
Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung tetap tidak juga sembuh.
Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi ( sistolis 105 dan distolis 150) . Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.
Sekitar awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak. Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit.
Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.
Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.
Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala untuk kegunaan luaran saya menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).
Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.
Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.
Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya .
Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil suntikan diprospan :
| Bil | Tarikh | Jarak Hari |
| 1 | 18/11/99 | 0 |
| 2 | 22/1/2000 | 34 |
| 3 | 11/3/2000 | 48 |
| 4 | 27/4/2000 | 47 |
| 5 | 29/6/2000 | 63 |
| 6 | 26/8/2000 | 58 |
| 7 | 11/10/2000 | 46 |
| 8 | 25/11/2000 | 45 |
| 9 | 3/1/2001 | 39 |
| 10 | 8/3/2001 | 64 |
| 11 | 14/4/2001 | 37 |
| 12 | 26/5/2001 | 42 |
| 13 | 21/7/2001 | 56 |
| 14 | 15/9/2001 | 56 |
| 15 | 1/10/2001 | 16 |
| 16 | 11/12/2001 | 71 |
| 17 | 5/2/2002 | 56 |
| 18 | 23/4/2002 | 77 |
| 19 | 4/6/2002 | 42 |
| 20 | 14/7/2002 | 50 |
| 21 | 20/8/2002 | 36 |
| 22 | 15/10/2002 | 26 |
| 23 | 27/11/2002 | 43 |
| 24 | 12/1/2003 | 46 |
| 25 | 16/2/2003 | 35 |
| 26 | 26/3/2003 | 38 |
| 27 | 26/4/2003 | 31 |
| 29 | 20/5/2003 | 24 |
| 29 | 25/6/2003 | 36 |
| 30 | Hilang Record | Nil |
| 31 | Hilang Record | Nil |
| 32 | Hilang Record | Nil |
| 33 | 2/10/2003 | Nil |
| 34 | 15/11/2003 | 44 |
| 35 | 31/12/2003 | 46 |
| 36 | 11/2/2004 | 42 |
| 37 | 9/3/2004 | 26 |
| 38 | 4/4/2004 | 26 |
| 39 | 10/5/2004 | 36 |
| 40 | 14/6/2004 | 35 |
| 41 | Hilang Record | Nil |
| 42 | Hilang Record | Nil |
| 43 | Hilang Record | Nil |
| 44 | 10/10/2004 | Nil |
| 45 | 20/11/2004 | 41 |
| 46 | 25/12/2004 | 35 |
| 47 | 3/2/2005 | 40 |
| 48 | 12/3/2005 | 37 |
| 49 | 23/4/2005 | 42 |
| 50 | 28/5/2005 | 35 |
| 51 | 4/7/2005 | 37 |
| 52 | 18/8/2005 | 45 |
| 53 | 20/9/2005 | 33 |
| 54 | 16/11/2005 | 57 |
| 55 | 27/12/2005 | 41 |
|
|
|
|
|
Kes : Sakit Kulit -Serangan kulat yang kronik
|
|
 |
Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami.
Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan.Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya. Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana.
Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama.Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering.
Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dansakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian.
|
|
|
 |
Saya pernah menghidapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah di benarkan pulang saya mengalami kegatalan di leher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya,
Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangansaya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor.
Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah minum sebanyak 2 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh serta menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah, kegatalan di leher saya semakin berkurang dan lama kelamaan ianya menjadi pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga.Kini, saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia.
|
|
|
|
|
Kes : Sakit Darah Tinggi & Sakit Kepala
|
|
 |
- Nama : Melvyn Colin ivan Storer
- Alamat : 7 Apple grove Orchard Rood Hook Surrey
- KT9 1BE England UK
Penyakit : Tekanan Darah Tinggi dan sakit kepala
Saya mengalami masalah tekanan darah tinggi dan sakit kepala . Apabila saya melancong ke Malaysia, seorang rakan baik saya telah menceritakan tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara yang sangat hebat tanpa sebarang campuran bahan kimia, dadah mahupun bahan pengawet. Apabila saya melayari website antara bangsa ,memang benar Minyak Kelapa Dara ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Eropah dan Amerika malahan telah dicampurkan dengan bahan tertentu supaya ianya lebih sedap dan senang digunakan . Oleh itu saya memilih yang "original" produk minyak kelapa dara INI. Saya datang terus ke ibu pejabat syarikat untuk mendapatkan keterangan produk dari En. Ishak . Kali pertama meminumnya saya rasa agak pening kepala, lama kelamaan rasa seperti biasa sahaja. Secara pribadi apa yang saya ingin katakan ialah " Minyak Kelapa Dara adalah tulen dan ianya sangat baik untuk kesihatan kita.
|
|
|
|
|
Kes : Badan rasa lemah jadi cergas
|
|
 |
Saya adalah seorang krew produksi perfileman tempatan, dan penglibatan saya dalam industri tersebut kini telah mencapai belasan tahun. Memandangkan tugas sebagai salah seorang krew, dan jadual penggambaran yang agak padat saya selalu keletihan, kekurangan tenaga dan sering kehilangan tumpuan.
Tiga tahun kebelakangan ini saya selalu mengalami sakit badan. Diwaktu bangun tidur, bahagian kaki, terutamanya tumit terasa amat perit dan menyakitkan. Saya terpaksa mengambil masa dua tiga minit untuk menstabilkan dan meredakan sakit, sebelum boleh bergerak. Manakala selepas habis waktu kerja atau sebarang aktiviti riadhah seperti bermain bola, seluruh badan saya terasa sengal-sengal dan sakit dibahagian sendi-sendi.
Mengambil beberapa produk jenama lain sebelum mencuba menggunakan produk minyak kelapa dara. Menakjubkan……selepas mencuba minyak kelapa dara, saya dapat rasakan bahawa semua gejala sakit yang saya alami semakin berkurangan. Badan terasa ringan dan pergerakan rasa lebih selesa. Paling menggembirakan ada tanda-tanda berat badan saya semakin berkurang. Kini, saya sebagaimana juga pengguna lain sebelum ini yakin bahawa minyak kelapa dara sesuai dan serasi dengan saya. InsyaAllah saya tidak akan berubah arah kepada produk lain.
Saya dan ribuan pengguna lain telah mencuba dan mendapat khasiat serta manafaat, anda pula bagaimana……
|
|
|
|
|
KES : SAKIT-SAKIT BADAN DAN BUASIR
|
|
 |
Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri.
Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda’ Bio-Asli, DesaKu.
Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang.
Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’. Beliau dan juga kami di Desaku berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda’, khazanah dari alam ciptaan Tuhan. J
|
|
|
|
|
Kes : Sakit Psiorosis ( genetik )- Kulit menjadi bertompok seperti kurap & gatal
|
|
 |
Pengguna merupakan salah seorang pendidik di daerah sabak bernam, beliau telah sekian lama (dari kecil) mengidap sejenis sakit kulit dari genetik yang bermasalah ( lebih 20 tahaun). Beliau telah menemui ramai doktor pakar kulit untuk mungubati penyakit beliau.
Sewaktu menerima rawatan di Hospital Besar KL bahagian sakit kulit, pakar mengesahkan beliau mengalami sakit genetik, penyakit berpunca genetik memang diketahui umum agak sukar untuk di sembuhkan. Selepas itu beliau membuat rawatan susulan di hospital kerajaan GH KL, beliau telah dihantar untuk rawatan alternative, di sana beliau telah bertemu dengan Dr.Kadir B. Hussin, Dr.kadir menjelaskan symptom yang berlaku pada penghidap penyakit psicrosis ialah kulit berkerak, menebal, kering dan mengelupas,
Ketika mendapat rawatan dari Dr.kadir beliau telah memberikan 1 botol minyak dan menyarankan agar ianya diminum 2 kali sehari dan disapu pada bahagian yang bermasalah. Pada peringkat awal penggunaan kulit yang berkerak bertukar menjadi merah, lama-kelamaan ianya menjadi semakin kecil dan akhirnya dengan penggunaan yang rutin, kurap beliau semakin pulih. Setelah perubahan yang menakjubkan ini beliau bertanyakan apakah minyak ajaib yang telah di berikan tersebut, rupa-rupanya minyak tersebut hanyalah minyak kelapa dara.
|
|
|
|
|
Saya Abu Bakar bin Omar berasal dari Air Hitam,Kedah. pada 22hb Ogos yang lalu saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan telah dimasukkan ke hospital, luka saya teruk dikaki dan diwajah saya seperti yang dilihat diatas, banyak orang berkata wajah saya akan berparut selamanya. saya tidak berputus asa. Alhamdulillah selepas saya menggunakan krim LVCO, perubahan ketara dapat dilihat dalam masa empat hari saya menggunakannya. selepas sebulan inilah hasil yang saya dapat pada wajah saya. krim ini dapat menyembuhkan luka diwajah saya dengan cepat sekali. saya mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat kerana mengeluarkan barangan yang betul-betul power dan bermutu...
|
|
|
|
|
|
Khairul Anwar Bin Abd Halim-Tonsil bengkak 3 tahun
|
|
No comments:
Post a Comment